perusahaan warisan ketereh
  • Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • PRODUK
    • Senarai Produk
    • Pembelian/Order
    • Proses Pembuatan Budu
  • SOCIAL MEDIA
    • TikTok
    • YouTube
    • Linktree
  • More
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • PRODUK
      • Senarai Produk
      • Pembelian/Order
      • Proses Pembuatan Budu
    • SOCIAL MEDIA
      • TikTok
      • YouTube
      • Linktree
perusahaan warisan ketereh
  • Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • PRODUK
    • Senarai Produk
    • Pembelian/Order
    • Proses Pembuatan Budu
  • SOCIAL MEDIA
    • TikTok
    • YouTube
    • Linktree

Latar Belakang

Perusahaan Warisan Ketereh atau lebih dikenali sebagai Kilang Budu Cap Ketereh diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Mat Ismail bin Jusoh pada tahun 1979. Beliau telah mendapat idea untuk membuat budu kerana beliau pernah bekerja menangkap ikan dan mendapati bahawa jumlah ikan bilis yang diperoleh terlalu banyak. Dengan hasil tangkapan ikan bilis tersebut, beliau cuba untuk membuat budu dan menjualnya kepada penduduk kampung. Hasil penerimaan penduduk kampung terhadap budu amat memberangsangkan dan dari situ beliau terinspirasi untuk membuat lebih banyak budu. 


Dengan sokongan keluarga, beliau telah membuka sebuah kilang yang beralaskan pasir dan juga berbumbungkan serpihan kayu buruk. Setelah sekian lama berusaha, beliau dapat membina kilang yang jauh lebih selesa dengan beralaskan simen dan berbumbungkan zink. Kini Kilang Budu Cap Ketereh telah mengeluarkan pelbagai jenis budu. Bilangan pekerja di kilang juga telah meningkat sebanyak 60 orang pekerja. 

Pengasas Kilang Budu Cap Ketereh

Allahyarham Tuan Haji Mat Ismail bin Jusoh telah dilahirkan pada 11 Mei 1950 di Kelantan dan mempunyai 8 orang cahaya mata. Beliau merupakan pengasas kepada Kilang Budu Cap Ketereh yang telah menghasilkan pelbagai jenis budu. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2019. Perusahaan budu beliau kini diteruskan oleh anak-anaknya. 

Misi

Misi

Misi

Untuk memasarkan produk yang bermutu dan perkhidmatan yang memuaskan.

Visi

Misi

Misi

Menjadi pembekal terbesar di Asia dan serantau ASEAN.

Copyright © 2025 buduketereh.biz - All Rights Reserved.


Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept